KERTAS KERJA





KERTAS KERJA
PAMERAN INOVASI BAHAN BANTUAN MENGAJAR

 TARIKH
9 MAY 2017

TEMPAT
BLOK 8 ARAS BAWAH BILIK KULIAH 4

ANJURAN
Pelajar Kursus Keterampilan Membaca (BMK 3033) Semester 2 Sesi 2016/2017



 1.0       PENGENALAN
Program ini dirangka dan akan dilaksanakan oleh mahasiswa/i kelas BMK 3033 Keterampilan Membaca adalah untuk memberi penambahan ilmu pengetahuan kepada pelajar itu sendiri. Di samping itu, program ini dibentuk bertujuan memberi pendedahan kepada pelajar mengenai pembelajaran di luar kelas bagi mempraktikkan segala apa yang dipelajari di dalam kelas sewaktu kuliah.

2.0       OBJEKTIF
Program ini diadakan untuk:
3.1 Memberikan pendedahan kepada mahasiswa/i supaya lebih kreatif.
3.2 Mewujudkan perpaduan dan mengeratkan lagi ukhuwah antara mahasiswa/i.
3.3 Membentuk pelajar yang berketerampilan dan berkeperibadian tinggi dan mulia.
3.4 Memberikan peluang kepada pelajar untuk menyumbangkan idea-idea yang bernas.
3.5 Mempraktikkan segala apa yang diajar sewaktu kuliah ke dunia sebenar.
3.6 Tujuan pengambilan markah bagi tugasan berkumpulan.

3.0       HASIL PEMBELAJARAN
  1. Mempraktikkan apa yang diajar di dalam kelas ke dunia perguruan yang sebenar.
  2. Memberi pengalaman untuk para pelajar dalam menghasilkan sesuatu yang kreatif fan berinovasi.

4.0       KEMAHIRAN INSANIAH
  1. Pendedahan kepada aktiviti yang sihat serta memberikan pengalaman yang bermanfaat kepada mahasiswa/i.
  2. Membentuk nilai-nilai murni dan modal insan yang berguna.
  3. Membentuk peribadi guru yang kreatif dan berinovasi.
  4. Membentuk kerjasama antara ahli kumpulan.

5.0       JUSTIFIKASI
Program ini bertujuan melahirkan mahasiswa/i yang berfikiran kreatif dan inovasi. Seterusnya, dapat memberikan sumbangan dan bakti kepada sekolah terbabit. Selain itu, ia dapat mengaktifkan nilai – nilai murni dalam diri peserta.  Semangat kerjasama dan saling membantu sesama peserta juga dapat digilap. Segala pengisian yang ingin dianjurkan dalam program ini adalah bersesuaian bagi menyemai sikap prihatin, bekerjasama, dan sentiasa memajukan diri kearah kecemerlangan.

  
6.0       MAKLUMAT PELAKSANAAN PROGRAM
Program        : Pameran Inovasi Bahan Bantuan Mengajar
Tarikh            : 9 May 2017
Hari                : Selasa
Tempat           : Blok 8 Aras Bawah Bilik Kuliah 14


7.0       KUMPULAN SASARAN
Melibatkan 59 orang pelajar kelas BMK 3033 Keterampilan Membaca Semester 2 Sesi 2016/2017 Kumpulan A.


8.0       TENTATIF PROGRAM
MASA
AKTIVITI
04.00 - 04.15 petang
Persiapan setiap kumpulan
04.15 - 04.30 petang
Kehadiran pensyarah
04.30 - 04.45 petang
Penerangan tentang pemberian markah oleh pensyarah
04.45 - 05.45 petang
Penerangan tentang pemberian markah mengikut rakan sebaya
05.45 -06.00 petang
Penyerahan markah kepada pensyarah
06.00-06.15 petang
Proses mengemas bilik kuliah dan penyimpanan bahan bantu mengajar bagi setiap kumpulan
06.30 petang
Bersurai


9.0       SENARAI JAWATANKUASA PELAKSANAAN PROGRAM

Penasihat
Prof Madya Dr Dahlia Binti Janan
Pengarah program
Rahayu Binti Che Mat Noor
Timbalan Pengarah
Mohd Aminurdin Bin Mat Seman
Setiausaha
Elia Najihan Binti Mohd Salleh
Penolong Setiausaha
Nur Adilla Binti Saidi
Bendahari
Nik Mohd Nazir Bin Nazlan
Penolong Bendahari
Sazrina Binti Saifi

10.0     ANGGARAN KEWANGAN

PENDAPATAN (A)
BIL
PERKARA
JUMLAH
1.
KUTIPAN PELAJAR (RM1.50×6)
RM 9.00

            JUMLAH PENDAPATAN (A)
RM 9.00


PENDAPATAN
BIL
PERKARA
PER (RM)
UNIT
JUMLAH (RM)
1
Mounting Board
RM2.00
1
RM2.00
2
A4 paper colour
RM2.00
1
RM2.00
3
Double tape
RM 2.00
1
RM2.00
4
Thumbtack
RM2.00
1
RM2.00

Jumlah Keseluruhan : RM 9.00
Baki : RM 1.00


11.0     PENUTUP

Ucapan terima kasih kepada semua ahli yang terlibat dalam menjayakan program ini. Diharap program ini dapat memberi manfaat dan pengetahuan yang berguna dalam kalangan mahasiswa/i mengenai profesion perguruan yang sebenar. Semoga program ini akan mencapai objektif yang dihajatkan dan memberi pengalaman serta ilmu baru kepada mahasiswa/i yang terlibat. Oleh hal yang demikian, kami juga sangat berharap agar pihak tuan dapat mempertimbangkan permohonan kami dan seterusnya meluluskan kertas kerja ini. Segala kerjasama daripada pihak tuan amat kami hargai dan didahului dengan jutaan terima kasih.



Disediakan oleh:
Nur Adilla Binti Saidi
Setiausaha,
Pameran Inovasi Bahan Bantuan Mengajar,
Universiti Pendidikan Sultan Idris,
35900 Tanjung Malim, Perak.

Tandatangan : ………………………………
Tarikh           : ………………………………

Disokong oleh:
Rahayu Binti Che Mat Noor,
Pengarah Program,
Pameran Inovasi Bahan Bantuan Mengajar,
Universiti Pendidikan Sultan Idris,
35900 Tanjong Malim, Perak.

Tandatangan : ………………………………
Tarikh           : ………………………………

Disemak oleh:





Prof Madya Dr Dahlia Binti Janan
Penasihat Program,
Pameran Inovasi Bahan Bantuan Mengajar,
Universiti Pendidikan Sultan Idris,
35900 Tanjong Malim, Perak.

Tandatangan : ………………………………
Tarikh           : ………………………………












No comments:

Post a Comment

SpongeBob SquarePants Squidward Tentacles