Bahan bantu mengajar (BBM) merupakan segala
kelengkapan yang digunakan oleh guru atau murid untuk membantunya dalam
menyampaikan pengajaran di bilik darjah
(Brown J.W, 1983)
Teknik yang telah dipilih dalam kajian ini ialah :
TEKNIK HUBUNGAN SOAL JAWAB
- Hubungan soal jawab atau Question Answer Relationships (QAR), dijadikan sebagai salah satu cara untuk meningkatkan keupayaan pelajar untuk menjawab soalan-soalan kefahaman. Pelajar akan belajar secara sistematik untuk menganalisis bentuk soalan yang berbeza.
- QAR dibangunkan bagi membantu pelajar untuk belajar cara untuk menjawab soalan-soalan berdasarkan apa sebenarnya yang terdapat dalam teks serta menggunakan pengetahuan latar belakang mereka sendiri.
Oleh itu, rasional menggunakan strategi
hubungan soal jawab ini ialah:
1. Menunjukkan hubungan antara soalan dan jawapan.
2. Mengkategorikan pelbagai jenis soalan dan tahap soalan.
3. Membantu pelajar untuk menganalisis, memahami dan
bertindak balas terhadap konsep teks.
4. Membantu menyangkal
tanggapan biasa yang diadakan oleh pelajar - pelajar bahawa teks mempunyai
semua jawapan.
Bahan bantu mengajar yang digunakan ialah:
"RODA IMPIANKU"
BAGAIMANA MENGGUNAKAN
BAHAN BANTU MENGAJAR RODA IMPIANKU ?
1. Guru membahagikan para pelajar kepada beberapa kumpulan kecil bagi memulakan permainan. Kumpulan yang berjaya mengumpul markah tertinggi akan memenangi pusingan tersebut. Tempoh masa permainan adalah selama 40 minit atau satu jam.
2. Pelajar perlu memutar roda tersebut bagi mengumpul mata dan menjawab soalan. Antara elemen yang terdapat pada roda impian tersebut ialah “hilang giliran”, “undur”, “muflis”, “selesaikan”, “hadiah misteri” dan nilai – nilai wang.
3. Pelajar perlu menjawab soalan yang dikemukan oleh guru mengikut kategori yang mereka dapat selepas memutar roda tersebut
4. Pelajar harus menggunakan empat jenis teknik soalan dan jawapan seperti (Hak Ada, Berfikir dan Mencari, Pengarang dan Anda, dan Pada saya sendiri ) untuk mengenal pasti hubungan soal jawab dalam teks tersebut.
5. Pelajar membaca teks yang dikemukakan oleh guru dan menjawab soalan yang dibina setelah selesai membaca. Pelajar perlu bekerjasama dengan rakan-rakan untuk menentukan hubungan soal-jawab soalan dan nyatakan mengapa jawapannya sesuai dijawab mengikut kategori tersebut.
BAHAN BANTU MENGAJAR YANG KAMI SEDIAKAN BAGI TEKNIK HUBUNGAN SOAL JAWAB :
Gambar 1:
Wang Jutaria
Gambar 2:
Sampul soalan
Gambar 3:
Teks soalan
Gambar 4:
Roda Impian
No comments:
Post a Comment